Sesiapa yang mengenali Winy memang tahulah Winy ni minat gila dengan Drama/Filem Korea. Dari zaman sekolah rendah dulu sampailah sekarang benda tu tak lari. Bayangkan waktu sekolah rendah dulu tiap kali hujung minggu atau cuti sekolah gigih cari dan pinjam dengan sesiapa yang ada CD drama Korea. Lepas tu siap bawa sekali TV dan pemain CD dalam bilik lepas tu tengok drama tu seharian semalaman. Dan habit itulah yang di bawa sampai kini.hehe Please jangan tiru.
Di pendekkan cerita baru-baru ini kawan ada kongsikan di status mengenai kelas bahasa percuma anjuran kolej AMC jadi Winy tak fikir panjang dan terus daftar. Memandangkan banyak masa di rumah. Kelas bahasa ini di taja oleh kerajaan negeri Sabah jadi sangatlah rugi kalau tidak ambil peluang yang ada.
Dan untuk sesi kali ini, kelas ini dijalankan sepenuhnya di dalam talian jadi Winy pun ambil kesempatan untuk ikut. Aplikasi yang di gunakan ialah menggunakan Zoom Meeting. Pasti ramai yang sudah tahu kan.
 |
Sebelum kelas bermula |
Dan bukan kelas bahasa Korea sahaja tetapi ada beberapa kelas bahasa yang lain juga boleh di ikuti. Mengikut pilihan masing-masing.
Kali ini Winy mau kongsikan apa yang kami telah pelajari untuk kelas yang pertama. Untuk beginner macam Winy kelas memang hanya untuk level 1. Kelas pengenalan yang lebih menjurus kepada bagaimana kita kenal dan baca karakter-karakter yang ada dalam tulisan mereka. Belajar sedikit perkataan-perkataan baru.
Ada dua sesi kelas yang disediakan kali ini. Kelas hujung minggu dan hari-hari biasa. Winy ikut kelas hari biasa dari jam 6.00 petang sehingga 9.30 malam lebih kurang 3.5 jam. Terus terasa bontot pun boleh rata kan.haha tapi konsepnya sama macam datang kelas juga.
Sesi pertama kami di beri maklum mengenai modul yang ada dan kandungannya. Seterusnya apa dan bagaimana kami akan di nilai. Sedia maklum apabila kita belajar bahasa kita akan di nilai berdasarkan penulisan, pembacaan dan percakapan. Tetapi tahapnya tidaklah terlalu kehadapan.
Dalam kelas ini kami di beri beberapa minit untuk perkenalkan diri sambil menjawab soalan yang dia ajukan.
Buku teks di berikan dalam bentuk e-book dan segala Assignment dan ujian pula akan di hantar melalui aplikasi yang akan di berikan pada kami kemudian.
Tutor kami mengajar dengan santai buat kami semua di dalam kelas itu lebih selesa dan tidak stress. Bayangkan pelajar melebihi 30 orang untuk satu sesi pembelajaran agak mencabar. Di tambah-tambah lagi dengan internet yang tidak membantu sangat sehinggakan ramai pelajar yang tertinggal.
Apa yang kami pelajari untuk hari yang pertama Winy rumuskan di sini.
1. Mengenal kesemua 24 karakter tulisan Korea (Hangul)
2. Perkenalkan diri dalam bahasa Korea
3. Belajar untuk menulis dan membaca perkataan-perkataan yang mudah di dalam bahasa Korea
4. Belajar sebutan yang tepat untuk setiap karakter.
Dan untuk maklumat lanjut mengenai kelas-kelas yang di anjurkan ini boleh layari sendiri website AMC COLLEGE
Bukan hanya kelas bahasa yang ada pelbagai kos di peringkat diploma dan ijazah juga di tawarkan disini.
Kolej ini bertempat di Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Buat adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran juga amatlah di alu-alukan untuk jadikan kolej ini salah satu yang ada dalam pilihan kamu.
Pembelajaran kan sepanjang masa, ambil masa untuk kaji apa yang kita ingin capai.
Semoga membantu.
Tengs atas kesudian membaca ;')