Friday, 3 May 2019

DIARI DI HARI KELUARGA | WINICHELEN





Setahun sekali setiap 1 Mei akan ada Hari Keluarga yang di anjurkan. Dan tahun ni tahun kedua Winy sertai. Seronok sangat dapat berkumpul ramai-ramai.

Perkongsian hari ni sekadar nak simpan kenangan sewaktu pulang dari Mandalipau White River, Papar. Siapa ada baca entri Winy sebelum ni akan tahu pasal tempat ni. Bagi yang belum boleh lah klik di sini.

Selesai semua aktiviti untuk hari keluarga hari tu, kira-kira hampir jam5 petang kami pun bergerak balik. Winy tumpang kereta kawan, dan kami berdua sahaja.

Perjalanan keluar kami dari sungai tu sangat lancar tapi network dah mula untuk hilang. Dan kami pun bergerak aak lancar, sampai la tiba di satu simpang yang mana kami perasan tidak lalu jalan tu di waktu pagi.

Internet untuk buka google maps dan waze pula memang tidak dapat.Kami patah balik di laluan yang sebelumnya, setibanya di sana dapat masuk internet buat seketika dan pinned tempat untuk keluar dari situ.

Tapi jalan yang di bagi dalam maps tu pula lagi pelik dari sebelumnya dan ketika kami lalui kawasan tu dengan tiba-tiba cermin depan dan sisi kereta kawan Winy berkabus yang sangat tebal sehingga kami langsung tidak dapat lihat di luar dan dah guna wiper untuk cuci juga, baru 2-3 saat kabus dah balik lagi.

Dan makin lama jalan tu pula makin tunyi dan makin masuk ke dalam. Internet dan network memang langsung tak ada.

Tidak sedar sebemarny dah hampir sejam di dana. Kami senyap dan cuba untuk tenangkan diri sebab takut nanti hari makin gelap dan lagi susah nak keluar dari sana.

Kami cuba untuk balik ke jalan yang sudah kami lalui sebelum ni, dan hampir 15 minit akhirnya dapat keluar dari sana. Dan macam magik cermin langsung tak ada kabus lagi. Macam tak pernah jadi apa-apa sebelum ni.

Dan internet pula lancar dan sangat laju.

Nak fikir apa yang terjadi dan kenapa berlaku macam tu, tu biarlah menjadi tanda tanya.haha

Winy coretkan di sini untuk tatapan di hari nanti.

Salam sayang semua.
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment