Monday, 29 June 2020

DAY 3: CABARAN SAYA MENCAPAI 17,000 JUALAN DALAM MASA 21 HARI | WINICHELEN OFFICIAL BLOG





Hari ni Winy bangun awal dari biasa dan terus buka buku untuk cabaran hari ketiga. Perasaan tu seronok sangat lain dari hari biasa.

Korang kalau nak ikut Winy buat cabaran ni jangan segan-segan untuk sertai tau. 

Dan cabarannya pada hari ini ialah, SENARAIKAN 5 PERKARA YANG KAMU BOLEH LAKUKAN JIKA MEMPUNYAI WANG.

Kalau ikutkan memang banyak sangat yang boleh di catat. Tentunya berlembar-lembar muka surat.

Bayangkan semua yang terlintas di fikiran boleh di beli dengan mudah sekali. 

Tak perlu risau bila tengok harga, nak saja terus beli. 

Satu benda yang Winy belajar, duit bukanlah benda yang jahat. Bukan juga sepenuhnya bergantung pada wang untuk bahagia. Tapi wang ialah alat perantaraan. Jika kita guna sebaik mungkin ianya akan membawa hasil yang sangat baik. 

Dapat gembirakan ramai orang, dapat bantu ramai orang. 

So buat yang sudi membaca diari Winy ni. Marilah mulakan langkah hari ini dan semoga berjumpa pada hari esok pula. 
 
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a comment