Tuesday, 18 August 2020

MY FIVE CURRENT GOALS | WINICHELEN OFFICIAL BLOG

 




Hai semua ;')

Lama benar Winy tidak update pasal life kan. Selama ni korang nampak Shaklee Shaklee Shaklee saja. Kahkahkah

Hari ni nak bukukan satu entri yang Winy nak capai di fasa 2020/2021. 

Kalau korang ada tengok Winy letak VB tulah antara impian yang Winy ingin capai dalam masa terdekat ni.

1. Winy ingin dapatkan sales sebanyak 15,000 bagi bulan Ogos. Nak target bonus tinggi. Tamak sangat kan tak bersyukur ka dengan bonus yang ada sekarang? Jujur Winy kata bonus tu semua balik ke modal, dengan team yang semakin berkembang dan semakin ramai. Dengan bonus yang sedia ada dah tak menampung. Bukan tak bersyukur Winy sangat-sangat bersyukur tapi demi team yang Winy sangat sayang, Winy nak buat yang terbaik untuk dorang. 

2. Dapatkan kereta sendiri.
Kalau di ikutkan sejak 2017 lagi Winy cuba tapi tak dapat. Semoga sebelum akhir tahun ni dapatlah tercapai. 

3. Rank up sebagai seorang coodinator Shaklee. Ramai tak tahu kan apa yang Winy sedang cakap. Ini kiranya naik pangkat tau level up hehe Dah lama mengidam title ni. Nak shout out pada dunia Winy berjaya lahirkan leaders dalam Elysian Empire. Nak tengok sangat dorang grow. Kenapa Winy nak buat buku perjalanan hidup.

4. Winy ingin melancong ke luar negara. Negara jiran pun tak apa. Sebab bila lekat peta dunia kat dinding rupanya baru Malaysia yang Winy pernah jejaki. Sobbss. Semoga misi ini juga terlaksana.

5. Winy nak buat semua rutin-rutin LOA dengan konsisten. Sekarang ni on off saja. Masih suam-suam kuku. Mana nak dapat result yang di inginkan macam tu. 

Semoga doa-doa kalian di angkat dan di makbulkan. Thanks for reading. 


Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a comment