Wednesday, 14 October 2020

Cara Menyemak BIL Elektrik Dengan Mudah Untuk Warga Sabah | WINICHELEN WONGKIN OFFICIAL BLOG

 


Hai korang, kita sudah masuk minggu kedua sejak PKPB kan. Dan baru sahaja ada pengumuman baru yang satu Sabah pula di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Dah macam Korea Utara pula tidak dapat nak rentas daerah dan negeri. 

Nak di jadikan cerita sering kali bil elektrik Winy sampai lambat kat rumah sampaikan Winy terpaksa bayar untuk bil 2 bulan sebab bila sampai bill dah overdue. Tunggakan pun naik sekali walhal bukan tak nak bayar. 

Hari tu kawan bagi tahu lah macam mana nak semak lagi mudah katanya. Tapi Winy rasa tak penting lagi jadi tidak fokus sangat. Ni dah masuk bulan baru, dah tu terkena pula dengan PKPB. Servis memang ada perlahan. Bulan baru pula sudah pun di pertengahan bulan, kalau nak tunggu lagi jadinya sampai ke hujung bulan kan. Winy faham mesti sebab semua waspada. Itu sebabnya pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak menghantar bil ke rumah-rumah. 

Tapi kalau kita terus tunggu mesti bulan depan bil dah naik kan.

Jadi hari ni Winy tanya kawan balik, macam mana dia semak bil elektrik. Thanks bestie ;')

Haah jom sama-sama lihat. 

1. Taip laman sesawang OCS SESB di carian google atau klik LINK INI

OCS SESB

2. Masukkan KOD STESEN dan NO AKAUN. Jika tidak tahu apa nombor akaun dan kod stesen boleh rujuk di bil eletrik yang lama. Seperti dalam gambar.






3. Seterusnya bolehlah semak bil elektrik bulanan. Disini kita boleh lihat berapa bil yang sudah di bayar berapa bil semasa. 


4. Pilih kaedah pembayaran, dan selesai!




0 comments:

Post a comment